Home » Langit Terbuka » Gunung Berapi Agung: Lapangan Terbang Bali Ditutup Sementara

Gunung Berapi Agung: Lapangan Terbang Bali Ditutup Sementara

Gunung Berapi Agung Yang Meletus Sejak Malam Tadi

DENPASAR – Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Denpasar, Bali ditutup sementara ekoran gunung berapi Agung yang meletus sejak malam tadi.

Letupan  menyebabkan asap tebal dan abu setinggi 2,000 meter ke udara mula menyelubungi pulau pelancongan Bali dan kawasan sekitar.

Jurucakap pihak berkuasa, Yanus Suprayogi berkata, lapangan terbang ditutup sejak jam 3 pagi tadi (waktu tempatan) dan dijangka berterusan hingga hari ini.

“Berdasarkan jangkaan agensi meteorologi, abu gunung berapi itu dijangka tiba ke kawasan lapangan terbang pada pagi Jumaat,” katanya.

Justeru katanya, tempoh penutupan lapangan terbang berkemungkinan dikaji semula.

Berikutan peningkatan aktiviti Gunung Agung, sekurang-kurangnya 48 jadual penerbangan sudah dibatalkan setakat ini, termasuk milik AirAsia dan JetStar. – AGENSI

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *