Home » Langit Terbuka » Guru al-Quran sukarela dan juru urus jenazah akan terus dihargai

Guru al-Quran sukarela dan juru urus jenazah akan terus dihargai

Datuk Seri Mukhriz Mahathir

BALING – Kerajaan Kedah akan terus menghargai jasa guru al-Quran sukarela dan juru urus jenazah di negeri in, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Katanya, beliau mahu ilmu dan kemahiran golongan ini dikenang oleh semua peringkat walaupun kini pembelajaran agama dikuasai penggunaan teknologi.

“Kini peranan mereka makin mengecil kerana ada kelas KAFA dan guru J-Qaf namun saya mahu, peranan mereka terus diberi tempat di kampung mereka,” katanya kepada media selepas menyerahkan sumbangan dan berbuka puasa bersama penduduk di Kampung Weng di sini malam ini.

Di majlis tersebut, lebih 100 penduduk menerima sumbangan termasuk mangsa banjir di sumbangkan oleh Yayasan Khariah Islam Kedah dan Majlis Agama Islam Baling.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata, beliau akan menunggu laporan penuh mengenai kejadian ribut yang berlaku di Kuala Ketil petang tadi.

“Saya baru menerima laporan dan akan uruskan penyerahan bantuan secepat mungkin kepada mangsa,” katanya.

Kejadian ribut yang berlaku sekitar pukul 4 petang itu dilaporkan telah menjejaskan hampir 50 rumah di Taman Desa Bidara dan kawasan  sekitar. – Bernama

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *