Home » Langit Terbuka » Halfest Jakim 2019 sasar 80,000 pengunjung

Halfest Jakim 2019 sasar 80,000 pengunjung

Expo anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ini akan mengumpulkan seramai 450 usahawan yang menerokai pasaran halal tempatan. - Foto Halfest

KUALA LUMPUR – Ekspo Halal Terbesar Malaysia, Halal Fiesta Malaysia (Halfest) dijangka menerima lebih 80,000 pengunjung sempena penganjurannya di Pusat Pameran Mines (MIECC) di sini pada 4 hingga 8 September ini.

Halfest dalam laman sosial Facebook memaklumkan, festival anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu akan mengumpulkan seramai 450 usahawan yang menerokai pasaran halal tempatan.

“Pelbagai produk unik halal diperkenalkan oleh pemborong dan peruncit kepada para pengunjung,” katanya.

Ujarnya, usahawan yang berminat untuk menyertai Halfest masih boleh membuat permohonan melalui aplikasi WhatsApp di talian 019-322 2220 atau klik di pautan https://www.wasap.my/…/SERLAHKANPRODUKHALALSAYA@HALFESTJAKIM… atau emel kepada mktg@halal.org.my untuk maklumat lanjut. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *