Home » Citra Yadim » Musa’adah Covid-19 di Jitra,Bicara Dakwah di Yan

Musa’adah Covid-19 di Jitra,Bicara Dakwah di Yan

KUBANG PASU – Dua program menyantuni rakyat dilaksanakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 29 Oktober.

Program pertama ialah Ziarah dan Musa’adah Covid-19 bersama rakan rakan pertubuhan bukan kerajaan YADIM, antaranya Majlis Dakwah Negara (MDN), Dhuafa’ Sejahtera, Inisiatif Bandar Selamat Jitra dan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kuala Ketil.

Empat keluarga yang memerlukan disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian.

Mereka merupakan asnaf dan pesakit kronik yang memerlukan dari Kampung Lubuk Kawah, Taman Kenanga, Kampung Parit Lateh dan Kampung Telaga, Batu Sungai Korok.

Hadir sama dalam inisiatif ini ialah
Pengerusi Dhuafa’ Sejahtera, Mohd Amin Ismail, Setiasaha MDN Kedah, Haji Fuad Ashaari serta Naib Pengerusi Inisiatif Bandar Selamat Jitra, Hamid Sulaiman.

Pada sebelah malam pula diadakan
program Bicara Dakwah bertempat di Masjid Ahmadiah, Dulang Besar yang dihadiri oleh kira kira 120 peserta.

Ceramah disampaikan oleh Ustaz Firdaus Che Rush dari Legacy Al-Qadahi. Hadir sama ialah imam Masjid Dulang Besar,  Haji Rosli Haji Harun.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *