Home » Citra Yadim » KORY 4.0 di Setiu

KORY 4.0 di Setiu

KUALA TERENGGANU – Penganjuran siri Komuniti Rahmah Bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (KORY) yang mendapat sambutan menggalakkan setiap kali diadakan, membuktikan program program dakwah sememangnya mempunyai tarikannya tersendiri.

Justeru, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu bakal meneruskan lagi program sedemikian bagi kali keempat di Masjid Kampung Pengkalan Merbau, Sungai Tong, Setiu pada 14 Mac ini (Sabtu), yang bakal dirasmikan oleh Pengarahnya, Mahadi Awang.

KORY 4.0 ini diadakan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Pengkalan Merbau, Pejabat Kesihatan Daerah Setiu, Pejabat Daerah Setiu, Pejabat Pendidikan Daerah Setiu, Rela Daerah Setiu serta beberapa lagi agensi kerajaan.

Program sepanjang hari ini antaranya menawarkan pelbagai pengisian menarik kepada pengunjung seperti tahsin ibadah pengurusan jenazah, pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna dan pameran di booth agensi kerajaan.

Turut diadakan ialah acara senamrobik yang akan turut disertai oleh seramai 40 orang Rakan Siswa YADIM dari Kolej Universiti Bestari.

YADIM Terengganu mempunyai perancangan untuk mengadakan lebih banyak lagi program seperti ini bagi memasyarakatkan YADIM dengan pelbagai lapisan komuniti.

KORY 3.0 sebelum ini diadakan di Bukit Payong, Marang, Terengganu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *