Home » Citra Yadim » Hari Terbuka NGO Islam Terengganu

Hari Terbuka NGO Islam Terengganu

YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (Yadim) Zon Timur buat julung-julung kalinya mengadakan Hari Terbuka NGO Islam Terengganu pada 31 Julai 2016 bertempat di Balai Kenanga, Terengganu Equestrian Resort, Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Eksekutif Kanan Yadim Zon Timur, Nasrul Hadi Saidin berkata, program berkenaan diadakan bagi mempertemukan barisan hadapan pimpinan badan bukan kerajaan (NGO)  Islam Terengganu dari pelbagai latar belakang dengan NGO Islam pusat dan anggota Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM).

“Program ini juga diatur bagi membuka kepada MAIM untuk memberikanpenjelasan berhubung isu pindaan Rang Undang-undang Akta 355 (RUU 355) dan sekaligus mendedahkan pandangan NGO Islam terhadap keseriusan isu-isu yang mencabar umat islam,’’ katanya.

Beliau berkata, dalam program berkenaan, MAIM juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan kluster-kluster yang dibentuk oleh MAIM serta fungsinya kepada NGO Islam Terengganu agar ia dapat dimanfaatkan di peringkat negeri.

Jelasnya, dengan adanya program itu, Yadim juga berharap dapat mengenal pasti aspek-aspek penyelarasan dakwah yang boleh diperkukuhkan dalam menyatupadukan NGO Islam di peringkat negeri agar lebih banyak program kolaborasi diadakan yang seterusnya dapat memantapkan lagi gerakan dakwah di negeri berkenaan.

Pada program Hari Terbuka NGO Islam Terengganu itu, sebanyak 250 orang pimpinan NGO yang mwakili 50 organisasi NGO Islam dengan pelbagai latar belakang telah turut hadir .

Antara NGO yang hadir termasuk Persatuan Kebajikan Islam Terengganu @ Darul Falah (PERKASA),          Persatuan India Muslim Terengganu (PIMNT), PERKIM Negeri Terengganu, Persatuan Darul Fitrah @ MACMA Terengganu, Pertubuhan Kebajikan Anak YATIM Terengganu, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Terengganu, Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Terengganu, Pemuda Gema Malaysia (GEMA) Terengganu dan PERKASA Negeri Terengganu.

Lain-lain NGO yang turut serta termasuk Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Terengganu, Aman Palestin Terengganu, Pergerakan Puteri Islam Perhubungan Negeri Terengganu, Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Terengganu, We Care Marang, Yayasan Amal Terengganu, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), Sahabat Cakna Terengganu, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Perhubungan Negeri Terengganu, GPMS Negeri Terengganu, Persatuan Bekas tentera Negeri Terengganu (PBTM).

Selain itu, turut hadir termasuk Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN), Persatuan Insan Prihatin (HATI), Sukarelawan Al-falah Jerong Tuan, Marang, Persatuan Bekas Polis Malaysia Terengganu, Persatuan Guru-guru KAFA Parlimen Marang, Pertubuhan Ittihad Mahabbah al-Mustafa, Persatuan Orang-orang Cacat Malaysia Negeri Terengganu, PEKIDA Besut dan Hulu Terengganu, KESUKES HSNZ dan Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Terengganu.

Beliau berkata, Yadim Zon Timur selaku Sekretariat MAIM negeri Terengganu sejak tahun 2009 sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan semua NGO Islam di negeri  berkenaan.

Kerjasama ini termasuklan membantu NGO  tersebut dalam penganjuran program-program dan aktiviti-aktivit dakwah di peringkat negeri dan antara yang pernah dilaksanakan termasuk  Bengkel Penulisan, Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk (DDMM) , Roadshow Dakwah 1.0,  Gerak Mesra Ramadhan Mubarak, Ziarah Ukhuwwah  Mosque Tourist Guide (MTG).

“Untuk perancangan masa depan, MAIM melalui Yadim Zon Timur akan terus dikembang kan ke negeri-negeri lain di Pantai Timur. YADIM Zon Timur akan meneruskan gerak kerjanya sebagai sekretariat di negeri-negeri tersebut,’’ jelasnya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *