Home » Langit Terbuka » Hati-hati upah badal haji terlalu murah

Hati-hati upah badal haji terlalu murah

Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji menyarankan pada mereka yang ingin mengupah badal haji perlu melalui proses akad pada jemaah yang akan mengerjakan badal haji. - Foto mStar

SHAH ALAM – Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) menasihati umat Islam agar berhati-hati dengan tawaran upah badal haji yang meragukan.

Presidennya, Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, tawaran caj perkhidmatan sehingga serendah RM1,200 hingga RM,2500 ketika ini boleh dipersoalkan kesahihannya.

Ini kerana jelas beliau, kos bagi permit mengerjakan haji bagi mereka bermastatutin di Arab Saudi sahaja sudah mencecah SAR3,500 atau RM3,700.

“Dengan adanya permit itu, bakal jemaah yang mengerjakan badal haji boleh menunaikan rukun Islam kelima tanpa ragu-ragu dan tidak bimbang ditangkap pihak berkuasa di sana.

“Jadi caj perkhidmatan badal haji yang relevan berharga RM10,000 meliputi upah-upah lain seperti tawaf.

“Justeru PAPUH ingin menyarankan pada mereka yang ingin mengupah badal haji perlu melalui proses akad pada jemaah yang akan mengerjakan badal haji,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Mesyuarat Agung Tahun PAPUH Ke-4 yang dihadiri 240 ahli di sini semalam.

Pada majlis itu, satu Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani melibatkan lima agensi umrah di bawah PAPUH dengan syarikat penyedia visa yang berpengkalan di Mekah iaitu Marmara Group diwakili Pengurus Besarnya, Ramzi Alkutbi. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *