Home » Langit Terbuka » Hero zakat Selangor bantu 19,103 keluarga asnaf sepanjang 2022

Hero zakat Selangor bantu 19,103 keluarga asnaf sepanjang 2022

SALAH satu keluarga asnaf bersama rumah baru yang dibina oleh LZS hasil bayaran zakat umat Islam. FOTO ihsan LZS
SALAH satu keluarga asnaf bersama rumah baru yang dibina oleh LZS hasil bayaran zakat umat Islam. FOTO ihsan LZS

Shah Alam: Lembaga Zakat Selangor (LZS) merekodkan, 19,103 keluarga asnaf di negeri ini menerima bantuan sewa rumah, baik pulih rumah juga pembinaan rumah baru sepanjang 2022.

Menurut LZS, bagi tujuan itu, pihaknya sudah mengagihkan RM116.5 juta sepanjang 2022 berbanding RM98.6 juta bagi 2021.

“Peningkatan ini membantu ribuan keluarga di luar sana untuk berteduh dan mereka sangat terhutang budi dengan anda semua, hero zakat.

“Terima kasih kepada semua pembayar zakat kerana berkongsi 2.5 peratus daripada rezeki anda demi sebuah bumbung mereka berlindung,” menurut LZS.

Untuk rekod, katanya, sepanjang 2022, 98 keluarga asnaf menerima bantuan membina rumah baru, 772 keluarga bagi baik pulih rumah dan 18,233 bagi bantuan sewa rumah di seluruh Selangor.

“LZS menyeru umat Islam supaya terus berzakat dan ia boleh ditunaikan melalui https://fpx.zakatselangor.com.my,” katanya.

-Hmetro

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *