Home » Langit Terbuka » Himpunan Palestin: PM akan sampaikan amanat khas

Himpunan Palestin: PM akan sampaikan amanat khas

Anwar bakal menyampaikan amanat khas di Himpunan 1,000,000 Malaysia Bersama Palestin. Gambar kiri: Mohd Hakim

SHAH ALAM – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan amanat khas di Himpunan 1,000,000 Malaysia Bersama Palestin yang bakal diadakan di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada Selasa.

Pengerusi Serantau Muslim memerangkap sekretariat program, Mohd Hakim Mohd Nor berkata, program tersebut dianjurkan oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh Malaysia sebagai tanda kebersamaan negara terhadap nasib rakyat Palestin.

“Himpunan ini menyasarkan tiga objektif utama iaitu untuk menggencatkan peperangan di Palestin, menghentikan tindakan membunuh kanak-kanak, wanita dan orang tidak berupaya di Palestin serta sebagai kesatuan suara umat Islam di seluruh dunia.

“Program akan berlangsung pada jam 6.30 petang dan dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah.

“Seterusnya, diteruskan dengan ucapan wakil NGO sebelum ditutup oleh ucapan khas Perdana Menteri Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau lagi, himpunan yang bertemakan warna putih itu dijangka dihadiri lebih 20,000 orang.

Sementara itu, Pengerusi Global Peace Mission memerangkap sekretariat program, Ahmad Fahmi Samsudin berkata, himpunan itu akan diteruskan dalam sesi jelajah 1,000,000 pembela Palestin.

Jelasnya, jelajah berkenaan akan dimulakan di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 29 Oktober ini.

Artikel Berkaitan

SEBATI Madani Pulau Ketam

Ia bermula dengan tazkirah Maghrib oleh Daie Muda YADIM (DMY), Khairun Najmi Fadzil pada 26 Februari dengan tajuk ‘Metodologi Dakwah Rasulullah SAW’

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *