Home » Langit Terbuka » Hina nabi: Akta khusus akan dibentang di Parlimen

Hina nabi: Akta khusus akan dibentang di Parlimen

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, akta mengenai menghina agama itu merupakan pindaan kepada Kanun Keseksaan bagi membendung masalah yang ditimbulkan oleh individu tertentu sehingga menimbulkan kebencian kepada agama. - Foto Bernama

HULU LANGAT – Kerajaan akan membentangkan satu akta khusus berkaitan perkara yang melibatkan sensitiviti agama dalam sesi perbahasan Parlimen akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, akta khusus itu merupakan pindaan kepada Kanun Keseksaan bagi membendung masalah yang ditimbulkan oleh individu tertentu sehingga menimbulkan kebencian kepada agama.

“Akta khusus itu bukanlah bermaksud kita hendak menggubal akta baharu, cuma akan berlaku satu pindaan dalam akta sedia ada semasa sesi Parlimen akan datang.

“Akta itu juga secara jelas akan memasukkan secara terperinci siapa yang menimbulkan kebencian agama, sama juga kalau orang Islam yang hina agama lain,” katanya.

Seorang lelaki berusia 68 tahun telah ditahan polis bagi membantu siasatan susulan laporan polis di Batu Pahat, Johor berhubung kes menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aishah menerusi laman media sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, lelaki berkenaan ditahan di rumahnya di Mentakab, Temerloh kira-kira pukul 11.30 pagi dan akan diserahkan kepada pihak polis Batu Pahat. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *