Home » Citra Yadim » Waris bekas kakitangan YADIM terima faedah PERKESO

Waris bekas kakitangan YADIM terima faedah PERKESO

KUALA LUMPUR – Waris kepada seorang bekas kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini menerima faedah pengurusan dan pencen penakat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Simbolik bantuan berkenaan disampaikan kepada Puan Marlina binti Kamaruddin dari Batu Caves di sini, dalam satu majlis ringkas hari ini (19 Februari 2019), oleh Ketua Cawangan Faedah PERKESO, En.Ismail Abi Hashim.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah PERKESO Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Fuad Alias.

YADIM pula diwakili oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Puan Rohaizah Jawahir, wakil Kelab Ukhwah Fillah YADIM (Kufy),wakil Pembimbing Rakan Sekerja YADIM, kakitangan Bahagian Pembangunan Ummah, Bahagian Khidmat Pengurusan, serta unit Audit dan Kualiti.

Kufy turut menyampaikan sumbangan kepada Marlina selain kutipan daripada kakitangan YADIM. Turut diadakan ialah majlis tahlil untuk Allahyarham.

Marlina merupakan balu kepada Allahyarham Hairuddin bin Mat Sari, seorang bekas kakitangan YADIM yang meninggal dunia pada 20 Januari 2019, dan kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tua Baru.Hairuddin meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.

Allahyarham memulakan tugas di YADIM sebagai seorang Pekerja Am mulai 2 Ogos 2004 dan berkhidmat sehingga jawatannya yang terakhir sebagai anggota Penolong Operasi pada 11 Oktober 2017. Beliau menamatkan perkhidmatannya, atas sebab sebab kesihatan.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau dikenali sebagai seorang kakitangan yang sangat mesra serta mudah didekati menyebabkannya disenangi oleh semua warga YADIM.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *