Home » Langit Terbuka » Homoseksual adalah jenayah di Indonesia?

Homoseksual adalah jenayah di Indonesia?

JAKARTA 4 Ogos – Indonesia sedang menimbangkan untuk menjadikan aktiviti homoseksual sebagai perbuatan jenayah di negara ini.

Pada masa yang sama aktivis Islam di negara ini menegaskan bahawa golongan homoseksual menyebabkan ‘kejatuhan akhlak’ dalam kalangan masyarakat Islam Indonesia.

Tindakan itu susulan kecaman oleh menteri-menteri dan pemimpin agama terhadap homoseksualiti dan penutupan laman web golongan LGBT awal tahun ini.

Semakan kehakiman difailkan oleh kumpulan aktivis Islam, Persekutuan Cinta Keluarga di mahkamah bagi menuntut dilakukan pindaan ke atas kanun jenayah bagi mengharamkan hubungan seks homoseksual.

“Kami lihat kejatuhan akhlak sedang berlaku di negara ini dan kami melakukan ini ikhlas kerana cintakan negara, justeru kami perlu lakukan sesuatu sementara masih ada peluang,” kata Pengerusi kumpulan itu, Rita Hendrawaty Soebagio kepada AFP.

Kumpulan itu menegaskan bahawa pengaruh homoseksual telah merebak terutama sejak Amerika Syarikat (AS) membenarkan perkahwinan sesama jantina di negara itu pada tahun lalu.

Semakan kehakiman itu difailkan pada Mei lalu dan sebanyak lima pendengaran telah diadakan termasuk satu pendengaran minggu ini melalui keterangan pakar.

Pendengaran berikutnya dijangka berlangsung hujung bulan ini, namun masih belum diketahui bila keputusan akan dibuat.

Menurut laman web mah­kamah, pihaknya sedang men­dengar kes tersebut dan kete­rangan daripada pakar-pakar kesihatan termasuk dakwaan bahawa aktiviti homoseksual boleh menyebarkan jangkitan penyakit seks. – AFP

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *