Home » Citra Yadim » i – Kesihatan bersama warga emas Shah Alam

i – Kesihatan bersama warga emas Shah Alam

SHAH ALAM – Bertempat di Kompleks Warga Emas Shah Alam, Bahagian Khidmat Komuniti dan Masyarakat (BKKM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan Program Kesihatan I Patuh Syariah.

Program pada 22 September lalu itu, telah dihadiri oleh lebih 100 orang peserta.

Acara bermula seawal jam 7.30 pagi dengan senaman sebelum majlis perasmian yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Kelab Warga Emas Shah Alam, Y.Bhg Dato’ Hj. Emran B. Hj Kadir.

Seterusnya, sesi ceramah kesihatan telah disampaikan oleh Pn. Maizatul Naqiah bt. Zulkifli, Pakar Pemakanan Klinik Kesihatan Seksyen 19 Shah Alam, sebelum pengisian mengenai elemen patuh Syariah diteruskan oleh Ustaz Nor Azman B. Mohamad, wakil dari pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Hadir sama ialah Pengarah BKKM YADIM, Tuan Syahrizal Mat serta Ustaz Arif Adzwan Ali dan Ustaz Zuhaini Jelani.

 

Artikel Berkaitan

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *