Home » Citra Yadim » <a href="https://www.yadim.com.my/v2/i-r-s-yad-360-yadim-sarawak-muhassoh-ramadan-1442h/" title="I.R.S.YAD 360° YADIM Sarawak :
Muhassoh Ramadan 1442H">I.R.S.YAD 360° YADIM Sarawak :
Muhassoh Ramadan 1442H

I.R.S.YAD 360° YADIM Sarawak :
Muhassoh Ramadan 1442H

SAMARAHAN – Seawal jam 8 pagi, pasukan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 24 April bertolak ke Asajaya di sini bagi menyantuni 30 asnaf di sana.

Untuk ke lokasi pertama di Kampung Beliong, mereka perlu menaiki perahu sebelum dapat tiba di sana.

Di sini sebanyak 15 pek barangan keperluan harian disampaikan oleh pegawai YADIM, Mohd Subri Haji Rafa-Ee bagi kepada Abu Dan selaku wakil penduduk asnaf Kampung Beliong dan 3 penerima yang lain.

Lokasi seterusnya ialah di Kampung Serpan Laut. Di sini sebanyak 15 pek barangan keperluan harian disampaikan oleh Mohd Subri kepada Mustapha Haji Eyong, Ketua Kaum Kampung Serpan Laut.

Turut disampaikan dalam program ringkas tersebut, hajat seorang anak jati Kampung Serpan Laut berupa duit raya kepada 15 penerima.

Turut hadir dalam program ini, Penghulu Kampung Serpan Laut,
Jet Ain.

Program ini adalah sebahagian daripada pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360).

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *