Home » Citra Yadim » Wang tunai dan Al Quran untuk Pondok Fauzi

Wang tunai dan Al Quran untuk Pondok Fauzi

SUNGAI YAN – “Terima kasih YADIM, tempoh hari sudah beri, hari ini datang beri lagi, syukur Alhamdulillah atas sumbangan,”.

Demikian reaksi Pengetua Sekolah Menengah Agama Fauzi, Ahmad Shazali Ahmad Fauzi ketika menerima kunjungan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ke sekolah berkenaan.

Kunjungan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh itu bertujuan menziarahi sekolah yang ditimpa musibah kebakaran pada 15 April lalu.

Dalam kunjungan ini, YADIM turut menyumbang sedikit wang tunai dan 20 naskhah Al Quran.

YADIM turut dibawa melawat ke tapak kejadian kebakaran di sekolah ini.

Kebakaran di sekolah ini yang lebih dikenali sebagai Pondok Fauzi, mengakibatkan lima rumah dalam kawasan pondok musnah, namun tiada kemalangan jiwa berlaku.

Pada 18 April lalu, YADIM Kedah hadir menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *