Home » Langit Terbuka » IBADAH UMRAH DIBENARKAN MULAI 8 FEBRUARI

IBADAH UMRAH DIBENARKAN MULAI 8 FEBRUARI

Prosedur operasi standard (SOP) baharu susulan penarikan semula penangguhan itu akan dibincangkan secara terperinci termasuk bersama agensi umrah - Foto Arkib

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia dibenarkan kembali mengerjakan ibadah umrah mulai 8 Februari ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri, berkata keputusan kabinet itu dibuat selepas kerajaan memutuskan untuk tidak melanjutkan penangguhan sementara ibadah umrah yang dibuat 8 Januari lalu berikutan penularan jangkitan Omicron.

Kata Nancy garis panduan prosedur operasi standard (SOP) baharu susulan penarikan semula penangguhan itu akan dibincangkan secara terperinci termasuk bersama agensi umrah.

“Sepertimana dinyatakan dahulu penangguhan umrah hanya satu bulan sahaja jadi bermula 8 Februari ini agensi pelancongan umrah boleh meneruskan aktiviti umrah.

“SOP baru akan dibincangkan bersama agensi pelancongan umrah kerana kita mahu pastikan apabila pulang dari Tanah Suci nanti jemaah dapat memilih di mana mereka mahu dikuarantinkan,” katanya kepada media selepas pelancaran Video Dream Malaysia melalui kerjasama Tourism Malaysia dan GoPro Malaysia di Hotel EQ, di sini, hari ini. – AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *