Home » Langit Terbuka » Tanah Perkuburan Islam Kampung Datuk Keramat sudah penuh

Tanah Perkuburan Islam Kampung Datuk Keramat sudah penuh

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Tanah Perkuburan Islam Kampung Datuk Keramat di Lorong Keramat 9 di sini ditutup bermula hari ini berikutan tidak lagi mempunyai ruang untuk memuatkan ‘penghuni’ baharu.

Pengerusi Masjid Al Akram, Abdul Karim Mat Asil berkata, jenazah baharu dalam kariah di Kampung Datuk Keramat akan ditempatkan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Karak.

“Tanah Perkuburan Islam Kampung Datuk Keramat hanya boleh mengisi tujuh jenazah sahaja lagi. Tanah perkuburan ini dibuka sejak 1990 dan ia ‘ditutup’ secara rasmi bermula hari ini.

“Difahamkan, kira-kira 2,500 jenazah dewasa dan kanak-kanak disemadikan di tanah perkuburan ini yang merupakan tanah wakaf Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP),” katanya kepada Utusan Malaysia.

Yang turut hadir Pegawai Khas Ahli Parlimen Titiwangsa, Mohd. Nor Ibrahim dan wakil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Sayful Hamizi Mohamad Yusop. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *