Home » Citra Yadim » Imarah Ramadan di perkampungan Orang Asli

Imarah Ramadan di perkampungan Orang Asli

KOTA BHARU 19 Jun – Bagi mengimarah bulan Ramadan tahun ini Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan, telah mengadakan program Iftar Ramadhan dan Sembahyang Terawih melibatkan masyarakat Orang Asli di Handrop, Gua Musang.

Pengurus Eksekutif YADIM Zon Timur, Mahadi Awang berkata, program itu telah turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Galas, Abdul Aziz Yusof sebagai tetamu kehormat dan turut  menyampaikan sumbangan kepada ketua-ketua isi rumah.

“Program ini telah diberikan sambutan yang amat baik daripada para penduduk dengan dianggarkan seramai 200 ketua isi rumah hadir untuk sama-sama menyertai majlis berbuka puasa serta menerima sumbangan beras yang disediakan,’’ katanya.

Serentak dengan program itu, Mahadi berkata, YADIM Kelantan turut mengadakan program yang sama di Madrasah Pengajian Islam, Pusat Latihan dan Dakwah Orang Asli (PULDOA) Kok Lanas, Ketereh, Kota Bharu.

Beliau berkata, program berkenaan adalah anjuran bersama dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *