Home » Langit Terbuka » IMPIAN SOO WINCCI MASUK KE MASJID TERCAPAI, RASAKAN KETENANGAN

IMPIAN SOO WINCCI MASUK KE MASJID TERCAPAI, RASAKAN KETENANGAN

Sumber Gambar: Facebook Hidayah Centre Foundation

KUALA LUMPUR – Impian pelakon dan penyanyi, Dr Soo Wincci melangkahkan kakinya masuk ke dalam masjid tercapai.

Wincci, 37, selama ini takut untuk hadir ke masjid disebabkan ‘stigma’ orang bukan Islam dilarang masuk ke tempat ibadah orang Islam.

Menurutnya, dia merasakan ketenangan semasa berkumpul dengan ramai hadirin dalam majlis ceramah di Masjid Al Mursyid Gurung, Pauh, Perlis, semalam.

“Saya sebenarnya sangat tersentuh apabila dijemput menjadi panel ceramah itu. Banyak topik yang dikupas mengenai keharmonian negara dan lebih 100 orang hadir dari pelbagai latar belakang agama.

“Sesi selama lebih tiga jam itu begitu intim. Ini sekali gus menepis pandangan saya terhadap larangan masuk masjid sebelum ini kerana kehadiran saya dan penceramah berbangsa India ke sana sangat dialu-alukan,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Wincci yang merupakan bekas Miss World Malaysia 2008 bersyukur dapat menjadi salah seorang panel untuk bersama dengan para asatizah dalam ceramah yang dianjurkan Hidayah Centre Foundation (HCF) Perlis.—AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *