Home » Langit Terbuka » JAKIM HANTAR PASUKAN AUDIT HALAL KE AUSTRALIA BULAN INI

JAKIM HANTAR PASUKAN AUDIT HALAL KE AUSTRALIA BULAN INI

Gambar Hiasan. - Foto Arkib

TAIPING – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menghantar pasukan ke Australia bulan ini bagi melakukan pengesahan audit halal di loji sembelihan Thomas Foods Industries (TFI) yang membekalkan daging ke Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata ia susulan pengesahan oleh Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc (SICHMA) bahawa berlaku pelanggaran protokol halal dalam proses penyembelihan.

“Kita tidak boleh senyap berkaitan bab halal dan haram ini. Tidak munasabah bagi pihak Jakim untuk tidak bertindak kerana piawaian bagi mendapatkan pengesahan halal adalah ketat dan dipandang tinggi oleh orang ramai. Pada September ini, pasukan audit dari Jakim akan ke sana bagi menjalankan tindakan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 136 mangsa banjir di sekitar Taiping antaranya Taman Seri Kota Fasa Dua, Kampung Sempadan, Kampung Air Kuning dan Taman Kuning Sari di sini semalam.

Pada 13 Mei lepas, kelulusan penyembelihan yang diberikan kepada syarikat yang diiktiraf halal oleh Malaysia di Australia, Thomas Foods International Lobethal digantung serta-merta sehingga suatu hasil siasatan menyeluruh diperoleh.

Dilapor ia susulan status halal rumah penyembelihan itu yang diragui apabila prosedur didakwa tidak mengikut syariat Islam berdasarkan bukti rakaman video dan gambar menunjukkan haiwan-haiwan dilemaskan dalam taku¬ngan darah binatang yang di¬sembelih terdahulu dan haiwan itu mati akibat lemas bukannya kerana disembelih. – AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *