Home » Citra Yadim » Musa’adah Covid-19: Ziarah ke kediaman Ali XPDC

Musa’adah Covid-19: Ziarah ke kediaman Ali XPDC

RANTAU PANJANG – Ziarah ke kediaman Ali XPDC di sini melengkapkan ziarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam program Musa’adah Covid-19 bersama Kelab Bank Islam pada 9 Oktober.

Ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh disambut Ali sendiri bersama Sukarelawan YADIM Kapar diketuai pengerusinya, Alifah Nasiran.

Bak keluarga sendiri, kakitangan YADIM dan Bank dilayan mesra Ali dalam ziarah ini.

Sumbangan barangan makanan dan wang tunai disampaikan Tuan Kamarul kepada Ali.

Hadir sama ialah Pengurus Bank Islam Cawangan Shah Alam, Mohd Yusof Basran dan Pengurus Bank Islam Cawangan Klang, Rohana Kassim.

Ali mengucapkan berbanyak terima kasih atas kunjungan dan ingatan terhadapnya.

Terdahulu YADIM mengadakan ziarah serta menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai kepada dua lagi seniman yang terkesan dengan Covid-19, Dinie Juri dan To’ki di kediaman mereka di Bukit Beruntung dan Setapak.

Program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang menyantuni seniman yang memerlukan.

Artikel Berkaitan

YADIM Kedah dan Perlis: Ziarah Madani Mualaf

MENJELANG Syawal tidak lama lagi, adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memupuk semangat kasih sayang dan kepedulian terhadap sesama Muslim termasuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *