Home » Citra Yadim » Inisiatif Pelancaran Sukarelawan YADIM Negeri Sembilan serentak di 7 daerah

Inisiatif Pelancaran Sukarelawan YADIM Negeri Sembilan serentak di 7 daerah

SEREMBAN – Pasukan Sukarelawan YADIM Negeri Sembilan pada 13 September melancarkan inisiatif menarik orang ramai menyertai gerakan itu secara serentak di tujuh daerah di negeri ini.

Pelancaran di Seremban, Port Dickson, Jempol, Tampin, Jelebu, Rembau dan Kuala Pilah ini disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Prof. Dato Dr. Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti.

Ia bertujuan menggerakkan agenda dakwah dan kebajikan kepada masyarakat, selain merupakan satu manifestasi kesungguhan YADIM menyantuni golongan yang memerlukan dengan cara terbaik.

Hadir sama ke program hari ini adalah Ketua Koordinator Sukarelawan YADIM Negeri Sembilan, Ustaz Abdul Latif Haji Yunos, Pengarah Bahagian Khidmat Bakti, Muhammad Muzzammil Musbah dan Ustaz Hassanal Haris selaku Penyelaras YADIM Negeri Sembilan.

Prof. Dato Dr Mohd Fakhrudin dalam ucapannya berkata, umat Islam perlu bersatu padu mengembalikan kegemilangan Islam, mengukuhkan lagi semangat kesukarelawan dan kebajikan agar dapat dimanfaatkan oleh segenap golongan.

Dalam pada itu, turut diadakan dalam majlis ini ialah penyampaian sumbangan barangan keperluan harian kepada 13 keluarga asnaf dari Kampung Bemban di sini yang dikenalpasti memerlukan.

Gerakan kesukarelawanan oleh YADIM ini telah mencapai usia 20 tahun sejak ditubuhkan pada tahun 2000. Bilangan ahlinya yang aktif kini mencecah 6,000 orang samada berdaftar secara Kod QR, dalam taliam dan borang manual.

Bukan sahaja di Malaysia, malah Sukarelawan YADIM telah bergerak ke peringkat antarabangsa seperti bantuan bencana ke Lombok, Palu, dan pembinaan wakaf telaga dan ibadah korban di Kemboja.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *