Home » Langit Terbuka » ‘Insya-Allah, capai KPI dalam 100 hari’

‘Insya-Allah, capai KPI dalam 100 hari’

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Haji Idris Haji Ahmad. - Foto Suara.TV

PUTRAJAYA – Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad yakin dapat memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI) dalam tempoh 100 hari seperti ditetapkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

Beliau berkata, ia berdasarkan kerjasama yang sangat baik agensi di bawah kementeriannya seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

 

“Insya-Allah dalam 100 hari ini saya akan pantau untuk kita mencapai KPI. Maknanya ‘no honeymoon’. Saya pun tidak boleh honeymoonlah.

 

“Saya kena bekerja untuk memastikan yang penting kebajikan rakyat kita jaga. Ini juga antara cara dekatkan orang dengan Islam,” katanya.

 

Idris ditemui di program Semarak Merdeka Sumbangan Bakul Makanan, Daging Lembu dan Dapur It’am Merdeka Putrajaya 2021 di Masjid Mahmoodiah, Presint 18 di sini, pada 31 Ogos.

 

Beliau berkata, apa sahaja program yang memang sudah elok akan diteruskan di samping akan ada nanti pembaharuan tertentu.

 

“Apa yang elok kita teruskan. Tak timbul kata kita seolah-olah kita tiada idea…jadi teruskan benda baik.

 

“Benda baik takkan kita nak buang. Menyusahkan orang sahaja buat apa?” katanya.

 

Beliau yang juga muka baharu dalam Kabinet menjawat jawatan itu menggantikan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang digugurkan.

 

Di majlis itu, Idris menyempurnakan program anjuran Jawi dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), QSR Brands, dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

 

Idris berkata, Dapur It’am iaitu program agihan makanan percuma setiap hari yang digerakkan oleh Jawi dan MAIWP sejak awal tempoh pandemik Covid-19 melanda negara pada tahun lalu akan diteruskan sehingga hujung tahun ini dengan keseluruhan peruntukan berjumlah RM10.8 juta.

 

Menurutnya, sejumlah 700 pek daging segar daripada 10 ekor lembu sumbangan QSR Brands diagihkan kepada golongan yang terkesan dan memerlukan sekitar Putrajaya.

 

“Sumbangan adalah sebahagian daripada 3,500 pek daging segar bernilai RM300,000 yang turut diagihkan kepada penerima sekitar Kuala Lumpur dan Labuan.

 

“Turut diagihkan 100 pek bakul makanan seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan susu sumbangan LHDN bernilai RM10,000.

 

“Masjid Mahmoodiah Putrajaya juga menyumbangkan pakaian perlindungan diri (PPE) kepada pasukan petugas pengurusan jenazah Covid-19 Putrajaya,” katanya. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *