Home » Citra Yadim » Irsyad di lapan lokasi seluruh negara

Irsyad di lapan lokasi seluruh negara

KUALA LUMPUR 27 Jun – Pada 24 hingga 26 Jun telah berlangsung program Ikhtikaf Ramadan Sahabat Yadim (Irsyad) di lapan lokasi berlainan di seluruh negara.

Program berkenaan yang masuk tahun kedua penganjurannya, telah berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk mendekatkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dengan masyarakat di peringkat akar umbi serta melatih ahli-ahli Sahabat Yadim dalam melaksanakan program dakwah di dalam masyarakat.

Sepanjang tiga hari program berkenaan, ahli-ahli Sahabat Yadim yang turut serta dalam program itu, tinggal bersama keluarga angkat masing-masing di sekitar masjid yang dipilih itu dan akan melaksanakan pelbagai program dakwah di kawasan berkenaan.

Antara program yang diadakan termasuk sahur jamaie, tarawih berjemaah, qiamulail, iftar jamaie, keluarga angkat, street dakwah, dhuha perdana, ziarah asnaf, tadarus berjemaah, ikhtikaf berjemaah, usrah dan klinik tahsin ibadah.

Malahan ada di sesetengah lokasi, turut diadakan perlawanan futsal yang secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan di antara ahli-ahli Sahabat Yadim dengan masyarakat setempat.

Program yang diadakan serentak pada 24 hingga 26 Jun adalah di Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Sabah, Kelantan dan Perak.

Masjid-masjid yang terlibat dalam program ini ialah Masjid Al-Kauthar, Tanjung Aru Kota Kinabalu, Sabah, Surau Ar-Raudhah, Taman Kelab Tuanku Mambau, Masjid Sri Aman, Pasir Puteh, Kelantan, Masjid Permatang Sintok, Kepala Batas, Masjid Ar Ridzuaniah, Batu Kurau, Perak, Masjid at Taqwa, Kampung Paya Lebar Masjid Tanah, Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Sri Kundang dan Surau al-Insaniah, Kampung Malaysia Raya, Sungai Besi.

Selain itu, program ini turut diadakan di Masjid Al-Hidayah, Felda Chini Timur 2, Pekan, Pahang pada 27 hingga 29, Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Skudai, Johor pada 16 hingga 18 Jun, Masjid al-Imarah, Kampung Tok Abi Hashim, Kangar, Perlis pada 25 hingga 27 Jun,  Masjid Kampung Jerung Tuan, Marang pada 23 hingga 25 Jun, Masjid Sultanah Haminah, Kampung Sungai Dulang Kecil, Yan pada 28 hingga30 Jun dan Surau Kampung Selang Laut, Telaga Air, Kuching pada 17 hingga 19 Jun.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *