Home » Citra Yadim » Is’ad Al Usrah atap rumah Allahyarham Ustaz Mohd Ariffin Abdullah

Is’ad Al Usrah atap rumah Allahyarham Ustaz Mohd Ariffin Abdullah

TEMERLOH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM Pahang) pada 11 Mac telah selesai membaiki atap kediaman seorang  pendakwah di sini.

Kediaman itu merupakan rumah Allahyarham Ustaz Mohd Ariffin Abdullah, merupakan seorang guru agama dan pendakwah yang terkenal di negeri ini dan banyak berjasa dalam bidang dakwah.

Pembaikan itu diuruskan oleh YADIM Pahang melalui kontraktor yang dilantik menggunakan peruntukan program Is’ad Al Usrah YADIM sebanyak RM15,000.

Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Ustaz Nasrudin Hassan telah menziarahi kediaman ini bagi meninjau kerja pembaikan dan beramah mesra dengan keluarga Allahyarham.

Isád Al Usrah ialah inisiatif membaiki kediaman asnaf oleh YADIM di seluruh negara bagi membantu meringankan beban dan menambah baik taraf kehidupan mereka.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *