Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, malah perkara awal dilakukan Rasulullah sebaik di Madinah ialah mengadakan perjanjian dengan kaum Yahudi.

Katanya, antara intipati perjanjian tersebut ialah negara Islam Madinah yang menghormati kepercayaan dan mempertahankan mereka daripada segala bentuk ancaman.

“Selain itu, perjanjian berkenaan menjadikan mereka masyarakat Madinah yang sama-sama akan mempertahankan setiap inci buminya.

“Jelas di sini Islam amat menghormati dan menyantuni agama-agama lain,” katanya dalam ucapan Majlis Perasmian Karnival Rahmah 2019 di Dataran Putrajaya di sini hari ini (27 September). -Utusan Malaysia