Home » Langit Terbuka » Islam bukan satu bebanan tapi nikmat

Islam bukan satu bebanan tapi nikmat

Yang Dipertua YADIM ketika menyampaikan ucaptama dalam program Fastabiqul Khairat di Putrajaya

PUTRAJAYA – Umat Islam di negara ini perlu mengubah pemikiran mereka dalam menjalani kehidupan seharian dan ia bermula daripada minda dan hati.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata, jika dapat diubah barulah mereka dapat menganggap Islam itu sebagai nikmat dan anugerah daripada Allah.

Beliau berkata, umat Islam juga perlu yakin bahawa agama Islam itu bukan menjadi beban kepada manusia.

“Al-Quran bukan menyusahkan bahkan memberi kita panduan dan peringatan serta hidayah di atas dunia yang dikehendaki Allah.

“Ubah fikiran juga menjadi tanggungjawab untuk menyebarkan Islam dan risalah dakwah supaya difahami orang Islam dan menjadikan agama Islam sebagai panduan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucapan pada Forum Khas Malaysia Negara Rahmah dan melancarkan Buku Fastabiqul Khairat di Masjid Tuanku Muzan di sini hari ini.

Turut hadir Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Pada masa sama, Nik Omar berkata, menjadi tanggungjawab kepada bukan Islam untuk berasa selesa dan aman dalam urus tadbir negara yang patuh syariah kerana mendapat hak seperti orang Islam dalam suasana kehidupan aman damai, toleransi dan hormat-menghormati.

Sementara itu, mengulas mengenai Program Fastabiqul Khairat anjuran YADIM, ia bertujuan mengajak orang ramai tanpa mengira kaum, politik dan agama untuk berlumba-lumba membuat kebaikan.

Jelasnya, program itu juga sebagai tanda permulaan untuk badan dakwah itu melakukan penjenamaan semula dengan menyampaikan hala tuju masa kini. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *