Home » Langit Terbuka » Ismail dilantik Ketua Setiausaha Negara baharu

Ismail dilantik Ketua Setiausaha Negara baharu

Ismail sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan pada 12 Jun lalu

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Ismail Bakar dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara baharu, berkuat kuasa esok.

Difahamkan, beliau akan menggantikan Tan Sri Ali Hamsa yang kontraknya tamat esok.

Ismail sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan pada 12 Jun lalu.

Ismail yang telah berkhidmat selama 32 tahun mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan ekonomi dan kewangan.

Ali, 63 dijangka bersara 29 Ogos ini, selepas memegang jawatan itu selama 6 tahun. Ali dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara pada 2012.

Ismail berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya, Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan Doktor Falsafah dari University of Hull, United Kingdom.

Beliau mula menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada Januari 1986 dan juga pernah memegang jawatan; Ketua Setiausaha bagi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Pengangkutan; Pengarah Belanjawan, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan dan Penasihat Kanan, ibu Pejabat Bank Dunia, Washington DC, Amerika Syarikat. – Sinar Harian

 

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *