Home » Langit Terbuka » Israel perlu bertanggungjawab: GMMF

Israel perlu bertanggungjawab: GMMF

Datuk Dr Nasharudin Mat Isa

KUALA LUMPUR: Masyarakat antarabangsa perlu bertindak dan memberi tekanan sewajarnya terhadap Israel supaya bertanggungjawab dalam keganasan terbaru ke atas rakyat Palestin.

Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), Datuk Dr Nasharudin Mat Isa, berkata pihak berkuasa Israel perlu menghormati hak rakyat Palestin untuk berhimpun secara aman dan menyuarakan pandangan.

Katanya, Israel seharusnya mematuhi perkara itu berdasarkan undang-undang hak asasi manusia.

“GMMF bimbang dengan ketegangan dan pembunuhan yang berlaku ketika perarakan aman Kepulangan Besar-Besaran rakyat Palestin kelmarin.

“Laporan terbaru menunjukkan sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan 1,400 yang lain cedera angkara tentera Israel ketika perarakan itu.

“Perarakan itu menyaksikan ribuan rakyat Palestin berarak menuju ke sempadan timur Gaza bagi meraikan Hari Wilayah Palestin pada 30 Mac,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, keganasan itu adalah rentetan kekejaman tentera Zionis ke atas anak muda Kristian Palestin yang menjalani acara keagamaan di Baitulmaqdis sempena permulaan Minggu Suci penganut agama berkenaan. – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *