Home » Langit Terbuka » Israel perlu terima hakikat, Baitulmaqdis bukan ibu negaranya – TPM

Israel perlu terima hakikat, Baitulmaqdis bukan ibu negaranya – TPM

PUTRAJAYA 22 Dis. – Israel sepatutnya mematuhi apa jua resolusi yang dicapai di peringkat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), termasuk penolakan 128 negara terhadap pengiktirafan Baitulmuqaddis sebagai ibu negaranya yang baru.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Israel harus sedar ia hanya salah satu negara anggota PBB, dan tidak ada asas untuk negara itu meneruskan kedegilannya dengan tidak mematuhi resolusi antarabangsa.

“Israel hanya salah sebuah negara kepada anggota PBB. Kedegilan Israel ini memang sejak penubuhan negara berkenaan.

“Dan Israel harus mematuhi apa saja keputusan di peringkat antarabangsa, walaupun selama ini mereka sering mencabul dan menolak resolusi PBB,” katanya kepada pemberita di Masjid Putra, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang enggan menerima hakikat dan menegaskan Baitulmuqaddis akan sentiasa menjadi ibu negara negara itu.

Awal pagi ini, PBB telah mengisytiharkan keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk mengiktiraf Baitu;maqdis sebagai ibu negara Israel, menggantikan Tel Aviv, sebagai tidak sah dan terbatal.

Dalam sesi pengundian itu, 128 negara menolak keputusan AS itu dengan sembilan lagi negara menyokong, manakala 35 negara lain mengambil pendirian berkecuali.- ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *