Home » Langit Terbuka » Isu SST untuk kad prabayar dalam perhatian KKMM

Isu SST untuk kad prabayar dalam perhatian KKMM

Kenyataan rasmi berhubung cukai SST tanbah nilai prabayar akan dikeluarkan dalam masa terdekat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengambil maklum berhubung aduan pengguna berkaitan caj Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dikenakan terhadap kad tambah nilai prabayar telefon bimbit, kata menterinya, Gobind Singh Deo.

“Buat isu SST untuk ‘prepaid’ (prabayar), perkara ini dalam perhatian KKMM. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat berkenaannya,” kata Gobind menerusi catatan di Twitter rasmi beliau.

Beliau berkata demikian bagi menjawab aduan seorang pengguna Twitter yang menyuarakan masalah tersebut di laman media sosial itu.

Pelaksanaan SST yang bermula hari ini menyaksikan segelintir pengguna melahirkan rasa tidak puas hati apabila nilai akhir kad tambah prabayar telefon bimbit yang dibeli mereka telah dipotong dengan sejumlah amaun berikutan SST.

Perkhidmatan prabayar tersebut dikenakan caj enam peratus yang tertakluk di bawah SST. – Malaysia Gazette

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *