Home » Langit Terbuka » Isu undang-undang jenayah syariah akan diselesaikan dalam tempoh 8 bulan – Na’im

Isu undang-undang jenayah syariah akan diselesaikan dalam tempoh 8 bulan – Na’im

Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan menyatakan komitmen menyelesaikan isu yang berbangkit membabitkan undang-undang jenayah syariah negara ini dalam tempoh lapan bulan, susulan keputusan Mahkamah Persekutuan minggu lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mempengerusikan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) juga mahu syor berhubung Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan kemungkinan kaedah meluaskan kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menggubal undang-undang jenayah syariah dalam tempoh rangka kerja yang ditetapkan Perlembagaan menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata, Sultan Selangor turut bertitah supaya Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Menggubal Undang-Undang Islam dan pengerusinya, bekas ketua hakim negara, Tun Zaki Azmi berbuat demikian dalam tahun ini.

“Sultan Selangor memberi mandat kepada jawatankuasa dan Tun Zaki untuk memuktamadkan segala-galanya dalam tempoh setahun tetapi saya mempunyai komitmen untuk menyelesaikan aku janji itu dalam tempoh tidak lebih daripada lapan bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Perasmian Karnival Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Tasik Titiwangsa di sini, hari ini .

Yang turut hadir, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *