Home » Langit Terbuka » Bincang dengan PM sebelum bentang RUU355

Bincang dengan PM sebelum bentang RUU355

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar pada sidang media perasmian Karnival Majlis Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2024 sempena ulang tahun ke 50 di Taman Tasik Titiwangsa. - Foto NSTP/Hazreen Mohamad

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan membincangkan dengan Perdana Menteri terlebih dahulu mengenai cadangan membentangkan Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata ia sama seperti dalam perancangan sebelum ini.

“Saya akan bincang dengan Perdana Menteri berkaitan ini. Seperti mana kita sedia maklum kita akan bawa semula cadangan Rang Undang-Undang 355 ini pada Kabinet baru untuk dapat keputusan dasar sebelum dibawa ke Parlimen,” katanya selepas majlis Perasmian Karnival Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Taman Tasik Titiwangsa hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *