Home » Langit Terbuka » JAIS benar akad nikah di masjid, surau bermula hari ini

JAIS benar akad nikah di masjid, surau bermula hari ini

Menuerut JAIS, kebenaran hadir ke majlis di surau dan masjid juga tertakluk kepada mereka yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin dan melepasi hari ke-14 tarikh suntikan dos kedua bagi Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac manakala melepasi hari ke-28 bagi Johnson & Johnson dan CanSino. - Foto NSTP

SHAH ALAM – Pasangan bakal pengantin yang berhasrat untuk bernikah boleh merealisasikan niat untuk melakukannya di masjid atau surau di negeri ini mulai hari ini, namun dengan kehadiran tetamu terhad dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

 

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu kenyataan berkata, jumlah kehadiran adalah mengikut lokasi dan majlis pernikahan di masjid dan surau boleh dijalankan bermula Isnin hingga Ahad.

 

Katanya, sekiranya diadakan di JAIS ataupun Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), bilangan kehadiran adalah seramai tiga orang iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali sahaja.

 

“Bagi upacara akad nikah di masjid dan surau yang dibenarkan untuk solat Jumaat pula, pihak-pihak yang dibenarkan ialah pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali dan tiga orang lain yang ditentukan pihak berkenaan.

 

“Individu lain tidak dibenarkan hadir termasuk jurugambar,” katanya menerusi Facebook.

 

Tambahnya, kebenaran hadir ke majlis di surau dan masjid juga tertakluk kepada mereka yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin dan melepasi hari ke-14 tarikh suntikan dos kedua bagi Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac manakala melepasi hari ke-28 bagi Johnson & Johnson dan CanSino.

 

Selain itu, ujian saringan Covid-19 jenis RT-PCR diwajibkan kepada pengantin lelaki dan pengantin perempuan, wali dan tiga lagi individu yang hadir yang belum melengkapkan vaksinasi mereka.

 

“Ujian itu perlu dijalani dalam tempoh 72 jam (tiga hari) daripada waktu pelaksanaan majlis dan mengemukakan keputusan ujian kepada Pendaftar sebelum majlis dilaksanakan,” ujarnya.

 

Katanya, sekiranya terdapat mana-mana pelanggaran kepada ketetapan semasa, Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk atau Pegawai Tadbir Agama boleh menangguhkan atau membatalkan upacara akad nikah.

 

“Tindakan tegas sewajarnya akan diambil jika terdapat mana-mana individu atau pihak yang didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan semasa yang ditetapkan,” katanya lagi.- UTUSAN ONLINE

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *