Home » Langit Terbuka » JAIS lancar aplikasi Amar Jais mudahkan orang awam salur maklumat, aduan

JAIS lancar aplikasi Amar Jais mudahkan orang awam salur maklumat, aduan

KUALA LUMPUR, 4 Okt. – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), hari ini melancarkan Aplikasi Amar JAIS bagi memudahkan orang awam menyalurkan maklumat serta aduan.

Pengarah Jais, Datuk Haris Kasim berkata, aplikasi itu diwujudkan bagi mengeratkan perhubungan maya mesra pengguna secara interaktif dan berinformatif.

Bagaimanapun, katanya, aplikasi itu bukan diwujudkan untuk semua jenis aduan seperti masalah rumah tangga, tetapi menegaskan bahawa ia lebih kepada kemasyarakatan.

“Aplikasi ini lebih fokus kepada aduan amar maaruf nahi mungkar dan mencegah kemungkaran seperti berlaku pencegahan daripada segi pandangan Islam, ajaran sesat dan khalwat.

“Perkara seperti ini jarang kita terima laporan kerana ia bergerak tersembunyi.

“Jadi dengan kerjasama orang awam yang mendapat maklumat tersebut disaran menggunakan aplikasi ini dalam berkongsi maklumat untuk kita mencegah daripada terus berleluasa,” katanya selepas Himpunan Bulanan JAIS di Dewan Muktamar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), di Shah Alam, hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru pegawai JAIS, imam, nazir dan pegawai masjid agar memuat turun aplikasi berkenaan supaya mudah menghantar maklumat terus kepada penguatkuasa Jais dan tindakan dapat dijalankan segera.

“Aplikasi ini turut memberi maklumat undang-undang syariah serta mengambil alih peranan ‘blasting’ secara berbayar kepada ‘push notification’ percuma yang tidak memerlukan kos oleh jabatan,” katanya.

Selain itu, laman web rasmi JAIS dan e-Syurtoh Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS juga merupakan antara pautan yang turut disertakan dalam aplikasi itu.

“Dengan adanya dua pautan penting itu, memudahkan anggota penguatkuasa membuat sebarang tugasan dan interaksi,” katanya.

Dalam majlis sama, JAIS turut melancarkan Ikonografi bergerak bahagian penguatkuasaan bagi mempromosikan dan memaparkan sejauh mana mereka menjelajah dalam melaksanakan tugas.

Ikonografi bergerak itu diperluas bagi menyedarkan dan mendorong masyarakat bersama menegakkan ajaran Islam dalam diri masing-masing.

  • ISMA WEB

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *