Home » Langit Terbuka » JAIS larang masjid, surau dijadikan lokasi program kepartian

JAIS larang masjid, surau dijadikan lokasi program kepartian

Masjid dan surau malah semua rumah ibadat agama lain perlu bebas daripada unsur politik. - Gambar fail

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melarang sebarang kegiatan kepartian dilakukan di masjid dan suraunya sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengarahnya Datuk Haris Kasim berkata larangan berkenaan bagi memastikan peranan masjid dan surau dalam menyatupadukan umat Islam menjadi zon aman dan bebas politik kepartian terjamin.

“Arahan berkenaan juga bagi memastikan masjid dan surau tidak dicemari anasir-anasir yang boleh memecahbelahkan masyarakat khususnya di negeri ini.

“Justeru itu JAIS, melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) telah menubuhkan satu taskforce bagi memastikan arahan ini dipatuhi oleh semua anggota jawatankuasa masjid dan surau di Selangor,” katanya

Katanya arahan berkenaan juga selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 20 April lepas yang mengingatkan rakyat Selangor agar tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan kekacauan.

Beliau berkata mana-mana anggota jawatankuasa masjid dan surau yang tidak mematuhi arahan berkenaan dan membenarkan program politik diadakan akan dikenakan tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017, Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 atau Pekeliling MAIS. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *