Home » Langit Terbuka » JAIS tangguh semua pernikahan di Klang

JAIS tangguh semua pernikahan di Klang

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Shahzihan Ahmad berkata, penangguhan ini membabitkan temu janji pernikahan dibuat sebelum atau pada 7 Oktober lalu. - Foto JAIS

KUALA LUMPUR – Pernikahan pasangan pengantin di kawasan mukim Klang dan Kapar yang dijadualkan di Pejabat Agama Islam Daerah Klang ditangguhkan berkuat kuasa hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Shahzihan Ahmad berkata, ia membabitkan temu janji pernikahan dibuat sebelum atau pada 7 Oktober lalu.

“Tindakan ini berikutan penangguhan semua aktiviti di masjid dan surau seluruh Klang yang telah dikuatkuasakan pada 7 Oktober ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Jumaat lalu.

“Sebarang temu janji akad nikah semua pasangan akan dijadualkan semula dan perkembangan semasa akan dimaklumkan,” katanya menerusi kenyataan.

Semalam, Jais menetapkan beberapa syarat pelaksanaan akad nikah di daerah Klang sepanjang tempoh PKPB.

Antaranya mewajibkan pasangan mendapat kebenaran nikah melaksanakan upacara tersebut di Paid Klang serta hanya pengantin lelaki dan perempuan serta seorang wali sahaja dibenarkan hadir. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *