Home » Langit Terbuka » JAKIM Diarah Segera Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Baling

JAKIM Diarah Segera Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Baling

JAKIM akan segera menyelaras bantuan Musa’adah JAKIM bersama-sama pihak berkuasa negeri Kedah bagi membantu para penduduk Baling yang terkesan dan terjejas banjir - Foto Arkib

Kuala Lumpur – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah untuk segera menyelaras bantuan Musa’adah JAKIM bersama-sama pihak berkuasa negeri Kedah bagi membantu para penduduk Baling yang terkesan dan terjejas banjir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata beliau amat dukacita dan bersimpati dengan para penduduk yang terlibat dengan ujian tersebut.

“JAKIM dan agensi-agensi hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang berkaitan telah diarah turun ke lapangan membantu pihak berkuasa negeri Kedah.

“Didoakan semua pihak yang terlibat dikurniakan kesabaran serta ketabahan menghadapi ujian ini,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Operasi mengeluarkan mangsa yang terperangkap di kawasan banjir masih giat dijalankan pihak berkuasa.

Setakat ini tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa banjir dari empat buah kampung di Baling.

Banjir di kawasan terlibat berlaku selepas hujan lebat berterusan selama tiga jam sejak 2 petang tadi turut menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke kawasan penempatan penduduk berdekatan tebing. – AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *