Home » Langit Terbuka » Jakim sedia bimbing, beri sokongan emosi kepada Sajat

Jakim sedia bimbing, beri sokongan emosi kepada Sajat

Jakim berharap masyarakat dapat bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam mendepani isu ini. - Foto Malakat Tribune

Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersedia membantu daripada aspek bimbingan dan sokongan emosi kepada Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali umum sebagai Nur Sajat.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, bimbangan serta sokongan emosi berkenaan akan dilakukan apabila usahawan kosmetik itu selesai melalui proses undang-undang.

Kami juga menyokong usaha untuk membawa pulang (ektradisi) Muhammad Sajjad (Nur Sajat) supaya membolehkan proses undang-undang dapat dilaksanakan seadilnya untuk semua pihak.

“Jakim dengan fungsi yang ada akan sentiasa menyantuni semua pihak termasuk golongan transgender bagi memastikan hak mereka dipenuhi mengikut hukum syarak dan perundangan,” katanya dalam satu kenyataan pada 20 September.

Abdul Aziz berkata, Jakim juga berharap masyarakat dapat bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam mendepani isu ini.

Harian Metro melaporkan, misteri ‘kehilangan’ usahawan Nur Sajat kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.

Untuk rekod, Nur Sajat, ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki juga berperwatakan wanita warga Thailand ketika serbuan pihak imigresen jam 6 petang (waktu Thailand).

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *