Home » Citra Yadim » Rohani Ismail terima bantuan YADIM Kedah

Rohani Ismail terima bantuan YADIM Kedah

SUNGAI PETANI – Pandemik Covid-19 yang melanda negara telah memberi kesan kepada ramai penduduk. Akibatnya, bukan sahaja ramai yang kehilangan sumber pendapatan malah ramai yang dipotong gaji.

Rohani Ismail, seorang gadis yang baru berumur 22 tahun. Anak sulung yang bertanggungjawab untuk mencari rezeki demi kelangsungan keluarganya. Bapanya hanya bekerja mencari dan menjual barang-barang kitar semula sementara ibunya suri rumah sepenuh masa. Ujian datang lagi apabila bapanya terlibat dengan kemalangan hingga kini sukar untuk bergerak

Kisahnya menjadi viral di media sosial apabila didapati positif Covid-19 semasa hari pertama memasuki kerja di salah sebuah kilang di Bukit Mertajam.

Wanita ini dikatakan terpaksa berjalan kaki sendiri ke hospital berdekatan apabila tiada yang mahu menghantarnya. Penduduk berdekatan yang simpati menghubungi hospital dan polis untuk membawanya pulang ke rumahnya di Sungai Petani.

Prihatin dengan nasib anak gadis ini, YADIM Kedah pada 18 September menziarahi keluarga tujuh beranak ini di perumahan Taman Kelisa Ria, Sungai Petani bersama Jabatan Kerja Raya, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan aktivis masyarakat. Sedikit keperluan dapur dan wang tunai disampaikan.

Semoga sedikit sumbangan yang disampaikan akan membantu meringankan beban mereka.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *