Home » Langit Terbuka » JAKIM sedia kaji subjek kenali agama lain

JAKIM sedia kaji subjek kenali agama lain

JAKIM sedia membantu dalam kajian sekiranya timbul keperluan berhubung isu pengenalan subjek mengenal agama selain Islam di sekolah rendah, kata Ketua Pengarahnya. - Foto Utara News

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedia membantu dalam kajian subjek mengenali agama lain jika diperlukan, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

Beliau berkata, ini penting kerana perlu ada kajian lebih mendalam sebelum sesuatu perkara itu dilaksanakan.

“Kita perlu adakan kajian lebih mendalam sebelum sesuatu perkara itu diputuskan. JAKIM adalah institusi kawal selia yang perlu melalui beberapa proses, sebelum disyorkan ia perlu dibuat kajian terlebih dulu dan barulah dibuat keputusan.

“Jadi, JAKIM sedia meneliti perkara itu untuk kajian, insya-Allah,” katanya kepada media selepas menghadiri Program Khatam Peringkat Kebangsaan di Kompleks Nasyrul Quran, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha yang dilaporkan berkata, subjek Pendidikan Agama Islam yang diajar di sekolah pada masa kini adalah baik, namun hanya memberi fokus kepada satu agama saja tanpa memahami agama lain.

Jufitri dilaporkan berkata, cadangan itu bukan bermakna negara bakal mengamalkan kesamarataan agama, tetapi perpaduan dapat dipupuk apabila semua masyarakat memahami sensitiviti penganut pelbagai agama di negara ini. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *