Home » Langit Terbuka » Sama-sama kita hayati peristiwa Nuzul al-Quran – PM

Sama-sama kita hayati peristiwa Nuzul al-Quran – PM

Perdana Menteri menyeru umat Islam sama-sama menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa Nuzul Quran ini dan memperoleh keberkatanNya. - Foto Twitter

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru seluruh umat Islam supaya sama-sama menghayati peristiwa Nuzul al-Quran.

Perdana Menteri menerusi kiriman di laman Twitternya sempena Nuzul al-Quran yang disambut hari ini (22 Mei) turut mengajak umat Islam mengambil iktibar daripada peristiwa turunnya al-Quran.

“Selamat menyambut hari Nuzul Quran buat seluruh umat Islam.

Semoga kita sama-sama dapat menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa Nuzul Quran ini dan memperoleh keberkatan dari-Nya,” katanya.

Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira, Makkah iaitu tahun ke-41 daripada keputeraan baginda.- Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *