Home » Langit Terbuka » Jakim tegaskan daging McDonald’s buatan tempatan

Jakim tegaskan daging McDonald’s buatan tempatan

SHAH ALAM 19 Sept. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menegaskan produk daging keluaran McDonald’s di negara ini merupakan buatan tempatan.

Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halalnya berkata sebaran maklumat di media sosial yang mendakwa daging orang Islam dari Palestin dimasukkan dalam produk McDonald’s mustahil berlaku di negara ini.

“Viral berkenaan dakwaan daging orang Islam di Palestin dimasukkan sekali dalam daging McDonald’s mula tersebar dalam kalangan netizen di alam maya.

“Untuk makluman para pengguna sekalian, daging burger McDonald’s yang berada di pasaran Malaysia adalah buatan tempatan. Justeru, adalah mustahil perkara ini berlaku di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu merujuk kepada satu sebaran artikel yang mendakwa daging manusia dari Palestin dijumpai di kilang pemprosesan daging McDonalds.

Dalam pada itu, Jakim menegaskan McDonad’s Malaysia merupakan pemegang sijil Pengesahan Halal Malaysia.

“Sebarang kemusykilan mengenai viral dan status halal boleh disemak di laman web www.halal.gov atau aplikasi telefon pintar myjakim,” katanya.

  • Sinar Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *