Home » Langit Terbuka » Jakim, USIM bangunkan aplikasi al-Quran orang pekak

Jakim, USIM bangunkan aplikasi al-Quran orang pekak

Pejabat Menteri di JPM berkata insiden itu dilihat tidak menjaga sensitiviti umat Islam apabila tajuk diberikan langsung tidak sesuai untuk didebatkan . - Foto IKIM

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjalin kerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk membangunkan aplikasi al-Quran untuk golongan pekak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, projek yang telah mencapai 30 peratus siap itu diwujudkan bagi memastikan golongan orang kurang upaya (OKU) juga tidak terpinggir daripada mempelajari dan mendalami al-Quran.

“Kita sudah pun memberikan komitmen untuk biayai projek ini yang sekarang sudah mencapai 20 hingga 30 peratus siap.

“Aplikasi yang sedang dalam pembinaan ini dibuat supaya orang pekak dapat menghayati dan membaca al-Quran mengikut keupayaan mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas program Malaysia #QuranHour 2019 di Masjid Putra di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai usaha dilakukan kerajaan untuk membantu golongan istimewa itu, kata Mujahid, ketika ini sebanyak 12 juzuk al-Quran telah siap dimasukkan ke dalam aplikasi berkenaan.

“Secara asasnya untuk membina aplikasi ini bukan sesuatu yang mudah, namun dengan kerjasama strategik Jakim dan USIM ini, ia dapat dilakukan.

“Hasrat kita adalah untuk memastikan golongan ini tidak tercicir untuk membaca, memahami dan mengamalkan ajaran yang terkandung di dalam al-Quran,” katanya. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *