Manakala, Pengerusi Majlis Fatwa Emeriah Arab Bersatu (UAE), Shaykh Abdallah Shaykh Al-Mahfoudh Bayyah yang juga Presiden Forum Memperkasa Keamanan negara itu, dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 1441H/2019M.

Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan dan Antarabangsa menerima wang tunai sebanyak RM100,000 dari kerajaan Malaysia dan RM10,000 sumbangan Yayasan Ubaidi beserta pingat serta sijil penghargaan kerajaan Malaysia.

Yang di- Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah berkenaan menyampaikan hadiah tersebut dalam majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1441H/2019M di sini hari ini (1 September).

Pemilihan kedua-dua tokoh itu adalah berdasarkan kepada pengetahuan dan pengalaman yang luas, peribadi yang unggul serta telah memberi sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan syiar Islam.

Kedua-dua tokoh juga telah memberi sumbangan besar dalam pembangunan ummah selain mendapat pengiktirafan serta diterima oleh masyarakat dalam dan luar negara.-Utusan Malaysia.