Home » Langit Terbuka » Jangan bergantung pada air jampi

Jangan bergantung pada air jampi

Gambar hiasan. Orang ramai dinasihatkan umat Islam supaya tidak terlalu bergantung kepada penggunaan air jampi atau penawar untuk mendidik anak.

SEREMBAN 5 Feb. – Penggunaan air jampi yang bertujuan melembutkan hati anak yang degil tidak menjadi kesalahan selagi ia tidak menggunakan unsur bertentangan dengan agama Islam.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad bagaimanapun menasihati masyarakat khususnya umat Islam supaya tidak terlalu bergantung kepada penggunaan air jampi atau penawar untuk mendidik anak.

“Kebiasaannya orang akan berjumpa ustaz atau tokoh agama untuk mendapatkan air penawar sebagai ikhtiar melembutkan atau menerangkan hati seseorang.

“Hakikatnya keberkesanan air itu adalah izin Allah SWT dan janganlah pula kita terlalu bergantung kepada penggunaannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penggunaan air jampi bagi mengubati anak degil seperti yang didakwa digunakan suspek untuk mengubati anaknya Nur Aina Nabihah, 9, yang maut didera.

Air jampi berkenaan dirampas polis ketika melakukan pemeriksaan di rumah suspek di Taman Vista Jaya, Lukut, Port Dickson, pada Jumaat lalu, bagi membantu siasatan berhubung kematian mangsa.

Mohd Yusof berkata, ibu bapa perlu bijak menangani masalah anak dan perbuatan mendera bukanlah alasan untuk mendidik.

“Berdoa kepada Allah SWT dan bersabar menerima ujian mendidik anak. Ibu bapa juga perlu muhasabah dan memperbaiki diri kerana mungkin ada kesilapan sendiri yang menyebabkan anak-anak bermasalah,” katanya.- HARIAN METRO

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *