Home » Langit Terbuka » Kebajikan Veteran ATM sentiasa diutamakan, kata Kementerian Pertahanan

Kebajikan Veteran ATM sentiasa diutamakan, kata Kementerian Pertahanan

Kerajaan telah memperuntukkan kepada JHEV ATM sejumlah RM 78,914,400.00 bagi tahun 2018, dan jumlah ini bertambah kepada RM 98,006,000.00 melalui Bajet 2019, jelas Kementerian Pertahanan- Foto MyNewsHub

KUALA LUMPUR – Majlis Veteran Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu telah merangka strategi dan mengkaji kaedah dan cara terbaik untuk memastikan kebajikan Veteran ATM sentiasa diutamakan demi menghargai pengorbanan mereka kepada negara.

Dalam kenyataan di kementerian itu menjelaskan,permasalahan Veteran ATM bukanlah isu baharu dan telah dibangkitkan semenjak dahulu.

“Kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) masih meneruskan segala kemudahan dan bantuan sedia ada di antaranya Skim Bantuan Sara Hidup, Skim Bantuan Persekolahan, Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam/Politeknik, Bantuan Peralatan Pesakit, Bantuan Bencana Alam di samping bantuan-bantuan yang lain.

“Kerajaan telah memperuntukkan kepada JHEV ATM sejumlah RM 78,914,400.00 bagi tahun 2018, dan jumlah ini bertambah kepada RM 98,006,000.00 melalui Bajet 2019 yang diumumkan kerajaan pada 2 November 2018.

“Kerajaan juga telah meluluskan bantuan khas RM500,000.00 untuk diagihkan kepada persatuan persatuan bekas tentera.

“Kerajaan juga sedang merancang untuk meningkatkan penglibatan agensi awam dan swasta demi menjaga kebajikan dan menambahbaik taraf sosioekonomi Veteran ATM,” ujarnya kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menjelaskan, kementerian pertahanan telah membuktikan keprihatinan kepada Veteran ATM melalui pengaktifan semula MVK yang telah bersidang buat kali pertama pada 24 Disember 2018 walaupun telah ditubuhkan sejak 2016. – Malaysia Dateline

 

 

 

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *