Home » Citra Yadim » Program Aspirasi Remaja Madani di SMK Seri Bukit Puteri, Kuala Besut

Program Aspirasi Remaja Madani di SMK Seri Bukit Puteri, Kuala Besut

SERAMAI 300 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bukit Puteri, Kuala Besut telah mengikuti program Aspirasi Remaja Madani yang diadakan di surau sekolah berkenaan pada 16 Ogos.
Ceramah “Solat Membentuk Kemuliaan Insan (Karamah Insaniah)” telah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Kuala Besut, Ustaz Ahmad Shakir Sofian.
Hadir sama dalam majlis penutup program ialah Pengetua SMK Seri Bukit Puteri, Haji Muhamad Nawi serta guru-guru sekolah tersebut.
YADIM sentiasa berharap agar program-program keilmuan yang dilaksanakan kepada remaja dan belia akan dapat memenuhi keperluan dan tuntutan agama seterusnya membentuk generasi berilmu dan bertaqwa bagi menuju generasi Malaysia Madani.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *