Home » Langit Terbuka » Jemaah Malaysia Dapat Kelebihan, Tapak Penempatan Baharu Di Arafah, Muzdalifah Dan Mina

Jemaah Malaysia Dapat Kelebihan, Tapak Penempatan Baharu Di Arafah, Muzdalifah Dan Mina

Tahun ini semua tapak di Arafah, Muzdalifah dan Mina adalah tapak baharu. Walau bagaimanapun kemudahan dan kedudukannya masih lagi dalam suasana yang baik dan memberi kelebihan kepada jemaah haji Malaysia - Foto AFP

Makkah – Jemaah Malaysia yang mengerjakan ibadah haji tahun ini bertuah apabila Kerajaan Arab Saudi bukan sahaja memberi penempatan baharu tetapi juga kawasan khemah yang berdekatan dengan masjid, ketika berada di Mina.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata kelebihan itu boleh dimanfaatkan jemaah haji kerana bukan sahaja boleh solat di masjid tetapi juga menggunakan kemudahan di situ untuk diri mereka.

“Tahun ini semua tapak di Arafah, Muzdalifah dan Mina adalah tapak baharu. Walau bagaimanapun kemudahan dan kedudukannya masih lagi dalam suasana yang baik dan memberi kelebihan kepada jemaah haji Malaysia.

Terutama kita lihat perkhemahan di Mina adalah berdekatan dengan Masjid Kuwait yang merupakan salah satu masjid di Mina. Sudah tentunya kemudahan itu dapat dinikmati jemaah haji Malaysia…mereka boleh ke masjid untuk solat dan gunakan kemudahan masjid itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan dan lawatan di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Selain itu, Syed Saleh berkata persiapan fasiliti di Arafah, Muzdalifah dan Mina, bagi jemaah haji mengerjakan ibadah Wukuf, kini pada tahap 50 hingga 60 peratus.

Katanya, kerja-kerja penyediaan fasilti itu dilihat berjalan mengikut jadual dan akan disiapkan menjelang tibanya Hari Wukuf dengan pemantauan pihak muassasah dan Lembaga Tabung Haji (TH).

“Persiapan untuk Arafah mencapai tahap hampir 50 peratus dan Mina 60 peratus. Ini mengambil kira, ada lagi 10 hari jemaah haji akan tiba.Tahun ini makanan untuk di Arafah dan Mina berjumlah 16 sajian, iaitu lima sajian akan guna konsep sedia dimakan,” katanya.

Difahamkan sebanyak 75 khemah pelbagai saiz disediakan di Arafah manakala di Mina lebih daripada 600 khemah.

Syed Saleh juga memaklumkan setakat semalam seramai 10,453 orang yang merupakan 76 peratus daripada jemaah haji yang dibawa TH tahun ini telah tiba di Makkah dan menunggu 10 hari lagi sebelum tiba waktu Wukuf. – AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *