Home » Citra Yadim » YADIM Kader Dakwah : Transformasi Orang Muda

YADIM Kader Dakwah : Transformasi Orang Muda

BACHOK- Program ikonik pembangunan jati diri remaja, Transformasi Orang Muda (TOM) kembali dilaksanakan YADIM Kelantan.

Kali ini pada 2 hingga 4 Julai dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor 2 di Sri Pantai Beach Resort, Melawi di sini.

Seramai 80 peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 4 menyertai TOM kali ini.

Antara objektif TOM ialah mendepani isu gejala sosial di kalangan remaja dengan pendekatan dakwah, menyediakan kaedah berdakwah yang sesuai dengan remaja dalam bentuk latihan dalam kumpulan serta motivasi diri serta melahirkan insan yang soleh dan solehah.

Perasmian program disempurnakan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Tuan Haji Mahadi Awang.

Hadir sama ialah Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Beris Panchor 2, Puan Hajah Zainura Mohamed Zain, Guru Kaunseling, Cikgu Mohd Akhmarudi Mohd Yusoff, penceramah program, Ustaz Najmuddin Ulwan dan Penolong Pengarah YADIM Kelantan, Ustazah Yusnita Muhamed Yusoff selaku penyelaras program TOM ini.

TOM merupakan sebuah program dirangka khas bagi menyantuni dan memperkasa belia dan remaja ke arah menjadi anak muda berjati diri cemerlang dan mampu mengalas tanggungjawab dalam masyarakat.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *